SELAMAT DATANG KE LALUAN SUTERA

Segala puji bagi Allah, Tuhan sekalian alam, yang Maha Pengasih dan Maha Penyayang, Yang Maha bijaksana, Yang Maha Memiliki Ilmu Ghaib dan Yang Nyata, tidak ada Tuhan melainkan Dia, Yang Maha Esa tiada sekutu bagi Nya, Dialah yang awal dan yang akhir, yang Batin dan yang Zahir yang meliputi Segala sesuatu. Maha Suci Allah yang mengilhamkan ilmu kepada sesiapa yang dikehendakiNya. Tiada daya dan upaya melainkan dengan izinNya.

Rabu, 25 November 2009

SALAM AIDILADHA

Hukum Tariqat Sufiyyah


Tasawuf yang sebenar ialah berusaha untuk memilih akhlaq sepertimana akhlaq RasuluLlah sallaLLahu 'alaihi wasallam di dalam amalan, percakapan dan segala tindakan serta berpegang teguh dengan apa yang disampaikan oleh syarak iaitu dengan cara mematuhi segala perintah , menjauhi segala larangan dan menyerah diri kepada ketentuan qadha' dan qadar. Ahli tasawuf yang benar ialah seorang yang tidak beramal dengan sesuatu yang bercanggah dengan aula (utama) disamping menjauhkan diri daripada perkara haram dan makruh.

Dan ahli tasawuf juga tidak menjadikan tasawuf sebagai sumber rezeki dan kehidupan serta tidak menggunakan helah atau mengeluarkan kata-kata melebihi had yang dibenarkan oleh syarak. Dia juga tidak berhasad dengan dan membenci melainkan kerana ALLah dan menghadapi kejahatan dengan kebaikan.

Sekiranya sesuatu tariqat bersifat seperti di atas maka ia di kira termasuk di dalam syariat kerana ia berakhlaq dengan akhlak dan adab-adab Islam. Sekiranya ia bercanggah dengan apa yang disebut tadi contohnya : ahli tariqat itu mengeluarkan kata-kata yang tidak diperakui oleh syariat atau berlebih-lebih atau menyifatkan imam-imam tasawuf dengan sifat-sifat yang berlebihan seperti menganggap mereka itu sehingga melebihi taraf sebagai seorang manusia, atau mengambil kesempatan daripada tasawuf untuk mengaut harta dan sumber pendapatan hidup atau malas untuk bekerja sehingga dia bergantung kepad aorang ramai, maka tasawuf seperti ini adalah satu kejahilan. Adakala ia membawa kepada kesesatan dan bukannya tasawuf yang digariskan oleh syarak.

Di antara syarat-syarat yang mesti dimiliki oleh ahli tariqat adalah seperti berikut :

a. Ahli tariqat mestilah 'alim (pakar) dengan ilmu fiqh dan syariat Islam atau sentiasa belajar dengan alim ulama.
b. Di hendaklah beramal dengan ilmunya.
d. Dia hendaklah melazimi adab-adab Islam
e. Dia sentiasa mendampingi orang-orang soleh untuk mencontohi mereka.

Sekiranya dia tidak memiliki satu sahaja daripada syarat-syarat di atas, maka dia bukanlah seorang sufi yang sebenar. Manakala pertanyaan mengenai hukum memukul-mukul badan dengan tombak atau pedang, memamah kaca dan memegang ular-ular berbisa. Sekiranya perlakuan itu berlaku daipada seorang lelaki yang bertaqwa, ahli ibadah dan soleh, maka tidaklah menjadi tegahan sekiranya dianggap sebagai karomah atau kemuliaan daripada ALlah ta'ala.

Sekiranya lelaki itu tidak bertaqwa atau cuai daripada melaksanakan syariat, maka perkara itu dikira sebagai istidraj - yang mana ALLah subhanahu wa ta'ala memberinya perkara seperti itu supaya dia menjadi bertambah tertipu dengan dirinya sendiri, kerana dia merasakan sudah mencapai peringkat orang soleh sedangkan realitinya adalah sebaliknya.

Kemungkinan juga perkara-perkara itu boleh dihasilkan melalui kebiasaan dan latihan sepertimana ia terjadi pada kebanyakan orang-orang kafir.
Tarekat tasawuf mesti dilengkapi dengan beberapa syarat antara lain:

Pertama : Berpegang teguh dengan al Quran dan Sunnah sebab tarekat tasawuf itu adalah kaedah al Quran dan Sunnah. Setiap perkara yang menyalahi al Quran dan Sunnah, maka bukan bahagian dari tarekat, bahkan tarekat sendiri menolak perkara itu dan melarangnya.

Kedua : Tarekat tidak mengajarkan ajaran-ajaran yang terpisah dari syariat, tetapi ke arah mempersiapkan manusia menuju kepada intinya. Tasawuf mempunyai tiga fenomena pokok yang seluruhnya dilandaskan di atas ajaran al Quran al Karim iaitu :

1. Menumpukan perhatian terhadap keadaan jiwa, mengawasinya dan membersihkannya dari unsur tercela. ALlah subahanahu wa ta'ala berfirman yang bererti :

"Dan jiwa serta penyempurnaannya (ciptaannya), maka ALLah subahanahu wa ta'ala mengilhamkan kepada jiwa itu (jalan) kefasiqan dan ketaqwaan. Sesungguhnya beruntunglah bagi orang-orang yang mneyucikan jiwa itu. Dan sesungguhnya, merugilah bagi orang-orang yang mengotorinya (jiwa itu)." (Surah Asy Syams :7-10)

2. Banyak-banyaklah berzikir dan mengingat ALLah subahanahu wa ta'ala. ALLah subahanahu wa ta'ala berfirman yang bererti :

"Wahai orang-orang yang beriman, berzikirlah (dengan menyebut nama) ALLah subahanahu wa ta'ala, zikirlah sebanyak-banyaknya". (Surah al Ahzab : 41)

Nabi sallaLLahu 'alaihi wasallam bersabda yang bererti :

"Sentiasa basahkan lidahmu dalam berzikir mengingati ALlah subahanahu wa ta'ala (Riwayat Ahmad, Musnad Ahmad vol 4, hlmn 188; Tirmidzi, Sunan Tirmidzi vol 5, hlmn 485; Ibnu Majah, Sunan Ibnu Majah, vol 2 hlmn 1246; Ibnu Hibban, Sohih Ibnu Hibban, vol 3, hlmn 96 ; dan Hakim, al Mustadrak, vol 1, hlmn 672)

3. Zuhud terhadap dunia dan tidak bergantung dengannya, dan cinta terhadap akhirat. ALlah subahanahu wa ta'ala berfirman yang bererti :

"Dan tiadalah kehidupan dunia ini, selain dari main-main dan senda gurau belaka (kesenangan-kesenangan duniawi yang bersifat sementara dan tidaklah kekal). Dan, sesungguhnya negeri akhirat itu adalah lebih baik bagi orang-orang yang bertaqwa. Maka, tidakkah kamu memahaminya?" (Surah al An'am :32)

Ahad, 8 November 2009

Liku Liku Jalan Ketuhanan


Tinjauan & Pengalaman penulis mengenai Permasalahan Tariqah di Malaysia.Buku ini khas untuk para pencinta Tasawuf dan juga Tarekat dan juga kepada yang baru nak mengenali Tasawuf.Buku ini karya Tuan Guru Hj Ibrahim Muhamad Pulau Manis, Syeikh Tariqah Syathariah aliran Al-Allamah Tokku Pulau Manis(Pengarang Hikam Melayu)rhm. Salasilah sanad tariqah sehingga Sayyidul Mursalin Nabi Muhammad SAW.

Sufi sejati tidak sibuk dengan lintasan-lintasan ilham, bermain-main dengan dunia firasat, lena dalam dunia karamah atau terhenti pada pintu kasyaf. Mereka melanggar segala pintu-pintu tadi tanpa perasaan selera kerana matlamat pengembaraan mereka ialah untuk menenggelamkan diri sedalam-dalamnya dalam lautan ubudiyyah kepada Allah SWT.

Berhati-hatilah, kerana antara haq dan batil kelihatan sama, hanya dengan rahmat Allah dan ketajaman mata hati dapat melihat perbezaannya.

Sesungguhnya pendidikan Tasawuf adalah untuk mereka yang mencari kefakiran diri dan meninggalkan pakaian kesombongan dan keduniaan...

Buku ini sarat dengan fakta dan jawapan kepada pelbagai persoalan di sekitar dunia Kesufian, Tasawuf dan Tariqah. Juga menjelaskan disiplin-disiplin dan prinsip-prinsip penting yang wajib dipelihara khususnya di kalangan para Salik dalam menempuh perjalanan menuju Allah.

Penulis, dengan olahan bahasa yang tersendiri, melontarkan mesej-mesej besar dan penting tetapi dipersembahkan dalam bentuk yang ringan dan mudah difahami, dengan disulami pelbagai pengalaman hitam putihnya dalam mendalami Ilmu Tasawuf Tariqah sejak di usia remaja lagi.

Buku ini pastinya mampu memberi iktibar berharga dan penyuluh kebenaran agak Salik tidak terpedaya dengan perjalanan yang menyeleweng dari landasan Al-Quran dan Sunnah Rasulullah SAW.

Isi Kandugan

1. HATI TEMPAT PANDANGAN ALLAH ..... 1
2. KEPENTINGAN ILMU TASAWUF ..... 4
3. TASAWUF DI ZAMAN INI ... 18
4. SIKAP PREJUDIS TERHADAP TASAWUF ... 24
5. PENYELEWENGAN JALAN TASAWUF ... 35
i) Bahaya Penyelewengan dalam Tasawuf ... 36
ii) Ukuran tentang kebenaran Ahli Sufi ... 37
iii) Peringkat-Peringkat Penyelewengan ... 38
iv) Amalan yang menyesatkan berlindung dengan ajaran Tasawuf ... 39
a) Tentang al-Hurriyah dan al-‘Ubudiyyah atau Tentang Maqam al-Ahrar dan Maqam al-‘Abid ... 39
b) Tentang al-Nubuwwah dan al-Wilayah ... 40
c) Tentang al-Hulul atau Penyerapan ... 41
d) Tentang Fana’ Kemanusiaan (Basyariyah) ... 42
e) Tentang Penglihatan Mata dan Penglihatan Hati ...45
f) Tentang Nur ... 47
g) Tentang Kesucian dan Kejernihan yang Berkekalan ... 48
h) Tentang Roh ... 48

v) Golongan Batiniah ... 49
vi) Tertipu dengan Kelebihan ... 51

6. SYAIKH DAN PENYELEWENGAN ... 57
i) Tariqah Fulusiah ... 58
ii) Guru Majzub memimpin murid ... 61
iii) Wajah guru bercahaya dalam gelap ... 66
iv) Guru buta dakwa Imam Mahdi ... 67
v) Seronok cerita kelebihan kerohanian ... 67
vi) Ilmu mengkagumkan, solat Subuh diabaikan ... 69
vii) Rasulullah SAW menjadi makmumnya ... 70
viii) Rasulullah SAW keluar kubur menyambutnya ... 71
ix) Bai’ah mencium pusat murid perempuan ... 72


7. GURU YANG SESAT BERLINDUNG ATAS ILMU PARA AULIYA’ ... 77

Pegangan Tasawuf ulama-ulama muktabar ... 79
a) Imam Malik r.a (m.179H)
b) Abu Hamzah al-Sufi (m.289H)
c) Ma’ruf al-Karkhi (m.200/201H)
d) Abu Sulaiman Abdul Rahman bin ‘Atiyyah al-Darani (m.215H)
e) Abu Nasr Bisyr bin Harith al-Hafi (m.227H)
f) Abu Othman al-Naysaburi (m.298H)
g) Abu ‘Ali Ahmad bin Muhammad al-Rudhbari (m.322H)
h) Imam Abdul Karim bin Hawazin al-Qusyairi (m.465H)
i) Al-Arif al-Sayyid ‘Ali al-Hiti
j) Syaikh Abdul Qadir bin Abu Soleh Musa al-Jailani (470-561H)
k) Abu al-Husayn Ahmad bin Abi al-Hiwari (m.230H)
l) Abu Yazid Tayfur bin Isa al-Bustami (m.261/234H)
m) Imam al-Harith bin Asad al-Muhasibi (m.243H)
n) Abu al-Hasan Sarri bin Mughlis al-Saqti (m.257H)
o) Abu Sa’id Ahmad bin Isa al-Kharraj (m.277H)
p) Abu al-Husayn Ahmad bin Muhammad al-Nuri (m.295H)
q) Imam Abu al-Junayd bin Muhammad al-Baghdadi (m.297H)
r) Imam al-Ghazali
s) Imam Abu al-Hassani al-Syadhli (m.565)
t) Syaikh Ahmad al-Rifa’i (m.578H)
u) Al-Imam al-Sayyid Ibrahim al-Dasuqi
v) Syaikh Asyraf Ali al-Tahanawi al-Hindi
w) Al-Khawajah Muhammad Ma’sum al-Naqsyabandi


8. KEPENTINGAN NIAT DAN ILMU ... 89

i) Niat ... 91
a. Rukun Bagi Amalan Yang Diterima ... 92
b. Tanda-tanda Ikhlas ... 93
ii) Ilmu ... 99


9. ALIRAN-ALIRAN TARIQAH DI MALAYSIA ... 103

10. SIAPAKAH MURSYID ... 108
i) Hukum memiliki Mursyid ... 111
ii) Syarat-Syarat Seorang Mursyid ... 118
a) Lapan Ciri Ringkas ... 129
b) Memahami hal ehwal perjalanan kerohanian ... 132
c) Sempurna pengalaman menjalani suluk ... 134
d) Arif dalam pelbagai hal ehwal maqamat ... 139
e) Memiliki ilmu zahir dan ilmu batin ... 139
f) Lama berdampingan dengan syaikhnya ... 142
g) Salasilah yang sah ... 144
h) Mendapat izin syaikhnya untuk memimpin ... 148
i) Memahami kandungan al-Quran dan Hadis ... 149
j) Bersifat adil dan taqwa ... 151
k) Mencintai akhirat dan zuhud terhadap dunia ... 154
l) Mengenal pelbagai penyakit rohani dan rawatannya ... 156
m) Mengetahui natijah yang diperolehi murid ... 157
n) Sepuluh Ciri (Bainat Tasawuf wal-Hayaat) ... 160
o) Sembilan Ciri (Khulasat al-Tasanif fi al-Tasawuf) ... 161
p) Tujuh Ciri (Awarif al-Ma’arif dan Tanwir al-Qulub
fi Mu’amalah Allam al-Ghuyub) ... 164
q) Empat Ciri (Ayuhal Walad) ... 168


11. TIGA GOLONGAN AHLI MAKRIFAT ... 171

i) Majzub ... 171
ii) Salik yang majzub ... 174
iii) Tiada syaikh khusus dan tariqah muktabar ....................... 175

12. DOA DAN HARAPAN ... 177



Rujukan ... 182

Lampiran ... 184

1. Salasilah ... 185
2. Tok Kenali ... 185
3. Tokku Paloh ... 186
4. Syaikh Haji Daud Bukit Abal ... 187
5. Syaikh Muhammad Said Linggi ... 188
6. Tok Pulau Manis ... 189
7. Tuan Guru Haji Wan Mohd Shaghir Abdullah ... 190
8. Tuan Guru Prof Dr Haji Jahid Sidek ... 192
9. Profesor Dr. Muhammad Uthman El-Muhammady ... 192
10. Majzub ... 193
11. Tuan Guru Haji Mamat Merbau Patah ... 193
12. Tuan Guru Haji Ismail Bukit Payung ... 195
13. Tuan Guru Imam Ibrahim ... 195
14. Mujassimah ... 195
15. Hakikat Insan ... 198


A) Salasilah Tariqah Syathariah - Tuan Guru Imam Ibrahim ... 200
B) Salasilah Tariqah Naqsyabandiah - Tuan Guru Prof Dr Haji Jahid Sidek ... 201
C) Salasilah Tariqah Naqsyabandiah - Syaikh Haji Sulaiman Muhammad Nur Lenggeng, N. Sembilan ... 202
D) Salasilah Tariqah Naqsyabandiah - Syaikh Ibrahim Jan, Uzbekistan ... 203

Rabu, 4 November 2009

Tingkatan Zuhud


Hakikat zuhud ialah menyingkirkan apa apa yang semestinya disenangi dan diingini oleh hati, kerana yakin ada sesuatu yang lebih baik untuk meraih darjat yang tinggi di sisi ALLAH.

Syeikh Abdul Samad Al Palimbani mengatakan bahawa ada beberapa rukun kezuhudan.

1. Meninggalkan sesuatu kerana menginginkan sesuatu yang lebih baik lagi.
2. Meninggalkan keduniaan kerana mengharapkan akhirat.
3. Meninggalkan segala sesuatu selain ALLAH kerana mencintaiNYA

Imam Ahmad Ibnu Hambal mengklasifikasikan tingkatan zuhud yakni:

1. Zuhudnya orang orang awam ialah meninggalkan hal hal yang haram
2. Zuhud orang orang yang khawas (khusus) iaitu meninggalkan hal yang berlebih lebihan (al fudhul) meskipun barang halal.
3. Zuhud orang Arif iaitu meninggalkan segala sesuatu yang dapat memalingkan daripada mengingati ALLAH.

Al Imam Ghazali pula membahagikan zuhud kepada tiga peringkat yakni :

1. Tingkat terendah ialah menjauhkan dunia agar terhindar dari hukuman di akhirat.
2. Tingkat kedua ialah mereka yang menjauhi dunia kerana ingin mendapatkan imbalan di akhirat.
3. Tingkat tertinggi ialah zuhud yang ditempuh bukan lagi kerana takut atau harap, tetapi semata mata kerana cinta kepada ALLAH Taala.

Ada kisah kesufian yang diceritakan oleh Ibnu Athaillah As Sakandary tentang seorang sufi yang hidup kaya raya namun hartanya yang berlimpah ruah itu tidak menghalangya untuk menjadikan dia seorang zahid. Dalam kisahnya itu Ibn Athaillah berkata,

“Seorang guruku pernah bercerita, bahawa di Maghribi ada seprang sufi yang hidupnya zuhud terhadap duniawi dan bersungguh sungguh dalam ibadahnya. Sumber hidupnya hanya apa yang diperolehi daripada memancing. Pada suatu hari, salah seorang murid sufi ini hendak pergi ke salah sebuah kota. Maka, berkatalah sufi tersebut, “ Jika kamu sampai di kota, maka temuilah saudaraku, sampaikan salamku padanya dan mintalah doa. Sesungguhnya dia adalah seorang wali ALLAH.

Selanjutnya murid itu bercerita, “Aku tiba di tempat tujuanku. Ketika aku tertanya tanya tentang seorang yang dipesan oleh guruku, segera aku ditunjukkan ke sebuah rumah tidak layak didiami, kecuali raja raja. Aku hairan. Ketika aku tanya di manakah dia berada, maka dijelaskan bahawa dia sedang bersama raja. Hal itu menambahkan kehairanku. Tidak berapa lama aku bertambah hairan, kerana orang yang aku cari itu sedang menunggang kudanya dengan pakaian dan kenderaan yang serba mewah, seolah olah dia adalah seorang raja. Hampir saja aku batalkan niatku untuk bertemu dengannya. Namun hati ku berkata, Tidak baik melanggar perintah guru. Aku pun minta izin untuk masuk ke rumahnya. Ketika diizinkan masuk aku pun semakin hairan dengan banyaknya pelayan yang berpakaian serba indah. Aku berkata, Saudaramu kirim salam padamu. Dia balik bertanya, Apakah kau dari sana? Aku menjawab,Ya. Lalu dia berkata, Jika kamu kembali pada saudaraku itu, katakan kepadanya, "Sampai bila kesibukanmu kepada duniawi itu akan berakhir? " Kehairanku makin bertambah setelah mendengar pesanan orang itu. Dan ketika aku pulang kutemui guruku, beliau bertanya, Adakah kamu berjumpa dengan saudaraku? Ya, sahutku. Lalu beliau berkata, Aku yakin pasti ada sesuatu pesanan untukku. Maka aku ceritakan apa yang kulihat dan apa yang dipesankan buat beliau. Mendengar ceritaku, guruku menangis. Setelah agak lama kemudian beliau berkata:“Sungguh benar ucapan saudaraku itu, memang ALLAH telah membersihkan hatinya dari duniawi, kerana dunia baginya hanya dijadikan di tangan lahirnya saja. Sedangkan aku mengambil dunia itu dari tanganku dan aku selalu memikirkannya

Selasa, 3 November 2009

Hakikat Tasawuf


Ilmu Tasauf adalah ilmu yang khusus memfokuskan kajiannya untuk mengetahui aib hati dan cara pengubatannya.Dengan ilmu tasauf,semua penghalang jiwa dapat dibenteras dan semua sifat yang tercela dapat dibersihkan,sehingga seorang sufi dapat membebaskan hatinya dari selain Allah dan menghiasinya dengan zikir kepada-nya.
Menghiasi jiwa dengan sifat-sifat yang sempurna,seperti taubat,taqwa,istiqamah,jujur,ikhlas,zuhud,tawakal,redha,berserah diri,cinta kasih,zikir,muraqabah dan sifat-sifat terpuji lainnya, merupakan tujuan tasauf.Para sufi sangat berjasa dalam mentransformasikan warisan kenabian ini,baik secara teori ataupun secara praktis ,sebagaimana terungkap dalam sebuah syair berikut,

mereka menolak dosa dan penyakit dan mensucikan jiwa dan raga mereka sampai kepada hakikat iman dan meniti jalan menuju ihsan

Tasauf sangat memperhatikan aspek hati dan jiwa.Namun tasauf juga tidak meminggirkan aspek ibadah zahir dan harta.Tasauf telah merumuskan kaedah praktis yang dapat mengantarakan seorang muslim ke tingkat kesempurnaan iman dan akhlak.Tasauf bukanlah hanya berupa bacaan wirid dan zikir,sebagaimana yang dianggap oleh sebilangan orang selama ini.

Ada sesuatu yang telah hilang di benak fikiran ramai,iaitu bahawa tasauf adalah cara praktis dan sempurna yang dapat mengubah keperibadian sesorang yang sesat dan menyimpang menuju kepada keperibadian yang lurus,ideal dan sempurna.Dan perubahan itu mencakupi aspek kebenaran iman,ibadah yang ikhlas,muamalah yang baik dan akhlak yang terpuji.

Dari huraian diatas,jelaslah fungsi dan faedah tasauf bagi kita. Tasauf adalah roh dan jantung Islam yang berdenyut.Sebab agama ini tidak hanya amalan-amalan lahiriyah dan formalistik yang tidak memiliki roh sahaja.

Kaum muslimin tidak akan mengalami kemerosotan dan kelemahan, kecuali ketika mereka kehilangan roh dan peganggan islam,dan yang tertinggal dalam diri mereka hanyalah kulit dan sesuatu yang lahir belaka.

Oleh kerana itu,para ulama dan para mursyid mengajak manusia untuk bergabung dan belajar secara terus menerus bersama kelompok sufi,agar mereka dapat mengharmonikan antara jiwa dan raga,dan merasakan makna dari kebersihan hati dan keluhuran budi pekerti dan mencapai makrifatullah dengan seyakin-yakinnya, sehingga hati mereka dihiasi cinta,muraqabah,dan zikir kepadanya.

Setelah menguji kebenaran tariqat tasauf,mengamati nilai-nilainya dan merasakan buahnya,Abu Hamid Al-Ghazali mengatakan, Bergabung dengan golongan sufi adalah fardhu ain,sebab tidak seorang pun bebas dari aib atau kesalahan kecuali Nabi.

Abu Hasan Asy-Syadzili berkata, “ Barangsiapa tidak menyelami dalam ilmu tasauf maka dia akan mati dalam keadaan berdosa besar,sedang ia tidak menyedarinya”.

Ketika memberikan komen tentang pertanyaan ini,Ibnu Allan ash-Shiddiqi berkata, “ Kenyataan Abu Hasan asy-Syadzili ini adalah benar.Sebab,apakah ada orang yang berpuasa,sedang dia tidak kagum dengan puasanya?Apakah ada orang yang solat,sedang dia tidak kagum dengan solatnya?Demikianlah halnya amal-amal lainnya.

Kerana nampak jalan tasauf ini sangat sulit bagi orang yang hatinya lemah,maka perlulah manusia menitinya dengan penuh tekad,kesabaran dan kesungguhan,agar dia dapat selamat dari laknat dan kemarahan Allah Swt.

Fudhail ibn Iyadh r.a. berkata, “ Titilah jalan kebenaran,dan jangan merasa kesepian kerana sedikitnya orang menitinya. Jauhilah jalan kebatilan dan jangan terpedaya oleh banyaknya orang yang binasa.Jika engkau merasa kesepian kerana kesendirianmu,maka lihatlah pendahulumu dan bertekadlah untuk bergabung bersama mereka.Tutuplah pandanganmu dari yang lain,sebab mereka tidak akan mampu menghalangimu dari siksa Allah.Jika mereka berteriak memanggilmu di kala engkau berjalan,maka jangan melirik kepada mereka,sebab jika engkau melirik maka mereka akan mengambil dan menghalangimu.

Isnin, 2 November 2009

Konsep Zuhud Dalam Tasauf


Dalam kehidupana zaman moden ini tentu masalahan kezuhudan menjadikan ramai orang bertanya; tidakkah perilaku zuhud itu bertentangan dengan ajaran Islam tentang etika kerja, tentang anjuran mencari rezeki dan membebaskan kemiskininan? Sehubungan ini, perlu diketahui bahawa keadaan kaum zahid, hidup dengan kezuhudan itu ternyata tidak berbeza dengan golongan masyarakat lainnya. Mereka ada yang kaya, harta berlimpah utk dikeluarkan zakat dan infaq, ada yang mempunyai kedudukan dan jawatan, dan ada yang miskin, dan memang ada di antara mereka yang menjauhi harta kekayaan.

Contohnya seorang zahid, Abu Hasan As Syadzili, merupakan tokoh sufi terkenal yang memiliki banyak ladang, ternakan dan perniagaan dengan sejumlah karyawan. Akan tetapi perilaku kezuhudannya tetap mendasari ibadahnya kepada ALLAH SWT. Hal ini terungkap melalui doa doanya yang terkenal:

"Ya ALLAH, lapangkanlah rezekiku di dunia ini, dan jangan Engkau jadikan penghalang untuk akhirat"

"Ya ALLAH, jadikanlah dunia (harta) itu di tangan tangan kami, janglah Engkau jadikannya di hati kami"

Kemudian perlu difahami pula perbezaan antara kaum zahid dengan golongan lain. Orang yang berzuhud tidak pernah diperhamba oleh harta. Mereka tidak sekali kali menyerahkan hidup kepada yang lain selain ALLAH SWT. Sedikitpun mereka tidak tunduk kepada harta, kedudukan, pangkat atau apa jua yang selalu didambakan oleh ahli hubbud dunya (cinta dunia). Menurut mereka, kezuhudan adalah kedudukan yang mulia dan merupakan martabat yang tinggi, dan ia merupakan langkah bagi seorang hamba yang ingin menuju kepada keredhaan ALLAH SWT.

Sesungguhnya, berpaling dari kesenangan dunia merupakan suatu kebiasaan yang telah lama diamalkan oleh sebahagian manusia sebagai usaha utk memperoleh kepuasan dalam beribadah. Juga orang-orang di zaman moden ini, ramai yang mengamalkan sikap seperti orang orang terdahulu kerana mereka berpendapat bahawa kebahagian itu tercermin dalam ketenangan hati, sedangkan ketenangan hati tidak mungkin dicapai kecuali dengan membatasi keinginan dan menjauhi diri dari berbagai nafsu. Cara hidup yang demikian itu adalah kezuhudan, sekalipun secara kebetulan dia seorang jutawan atau yang mempunya kedudukan. Tetapi bagi seorang yang zuhud, hatinya tidak lagi bertaut dengan keduniaan, tidak dilengahkan oleh kedudukan dan kemewahan. Dia sentiasa menjauhi kesenangan dan kenikmatan duniawi supaya dapat menekuni ibadah ibadahnya.

Zuhud dalam Islam bukanlah bererti terputusnya kehidupan duniawi; tidak juga bererti harus berpaling secara keseluruhan dari hal hal duniawi, sebagaimana yang diamalkan oleh golongan materialis. Ajaran zuhud ini diibaratkankan sebagai berlawanan dengan kehidupan moden. Ia adalah sikap sederhana atau tengah-tengah dalam menghadapi segala sesuatu. Sekali kali Islam tidak mengajarkan kebencian akan dunia. Bukanlah kebencian terhadap dunia itu dengan sendirinya menjadikan manusia menjadi soleh dan dekat dengan ALLAH?

Pandangan Islam tentang hubungan dunia dan akhirat ialah Islam mengkehendaki kedua duanya tidak boleh dilepaskan dari kawasan ibadah, sebagaimana yang tercermin di dalam hadis Nabi SAW bahawa hubungan dunia dan akhirat adalah erat sekali :

“Bukanlah orang yang terbaik di antaramu orang yang meninggalkan dunianya untuk akhiratnya, dan yang meninggalkan akhiratnya untuk dunianya. Sesungguhnya dunia ini bekalan ke akhirat, dan jangalah kamu menjadi beban atas manusia."

(HR. Ibnu Asakir dari Anas)

Jika ada anggapan bahawa zuhud yang diamal oleh para sufi dan pengamal tarikat pada umumnya itu sebagai sikap hidup yang hanya mementingkan akhirat dengan mengabaikan sama sekali kehidupan duniawi, sehingga setiap orang yang menjalani kehidupan zuhud dianggap sama dengan menjauhi dunia dan memilih kemiskinan. Maka pandangan daif itu tidaklah benar.

Begitu pentingnya kezuhudan dalam kehidupan hamba hamba ALLAH yang ingin menuju keredhaanNYA, sehingga para pengamal tasauf dan ahli tarikat berkeyakinan, bahawa langkah pertama dalam perjalanan menuju makrifat, seorang sufi harus menempuh tahap zuhud, iaitu keadaan jiwa yang telah dibebaskan dari jeratan nafsu dunia. Dia telah bebas dari mempertuhankan selain ALLAH berupa kenikmatan duniawi. Bahkan dia sudah sampai pada kesedaran, dunia ini tidak ada gunanya kecuali sekadar yang diperlukan untuk beribadah. Perjalanan hidupnya bersih dari kecintaan material duniawi, tekun dan khusyuk dalam ibadah, berpegang teguh pada Sunnah Nabi SAW, berzikir, berdoa dan mencintai perbuatan perbuatan yang mulia untuk menolong sesama manusia.

Di ceritakan, Syeikh Syamsuddin Habibullah (wafat 1195H) seorang guru Tarikat Naqsyabandiyah; suatu ketika pernah ditawarkan kekuasaan oleh seorang Raja India;

“Sesungguhnya ALLAH SWT telah menganugerahi saya kerajaan yang luas. Maka saya berharap anda dapat menerima sebahagian darinya. Syeikh berkata; “Sesungguhnya ALLAH telah menyifati dunia dengan sesuatu yang hina. ALLAH berfirman : "Katakanlah sesungguhnya kesenangan dunia itu sedikit. Sedangkan kerajaan anda hanyalah bahagian kecil dari dunia yang sempit ini, maka saya tidak ingin mengurangi bahagian yang sudah kecil ini."

Burdah Zikir & Selawat